RSS Feed

~SAHABATKU SI KAIN KECIK~

Posted by ismi_arikays


Jumaat yang indah dan penuh barakah

Hari itu..aku berhijrah

Berhijrah bersama secebis kain

Kuheret secebis kekuatan

Ku gondol niat yang satu

Hanya untukMu

Tanpa kurasa segan silu

Walaupun dianggap asing begitu

Bagai makhluk yg berbungkus

Yang hanya kelihatan kerdipan mata

Mata-mata sekeliling ralit memerhati

Sengehan hanya mampu ku beri

Cukup tenang ku rasakan

Sukar untuk digambarkan

Mohonku moga Engkau kurniakan kecekalan

Meniti hari-hari bersama secebis kain

Walaupun ada kekangan

Dan halangan untuk bersama secebis kain itu

Di ruang-ruang kampus ku

Tapi ia tidak menghalangku

Untuk bersamamu lagi

ku mohon dengan sangat Ya Allah

moga penghijrahan ku ada dlm redhaMu

hijrah itu hanya untukMu..keranaMu..dan buatMu

tiada lain dari itu..

Ya Zaljalaliwaliqram..

Hijrah demi hijrah

Buat aku yang lemah

Hanya satu impiku

Mahu diri dekat denganMu

Biar terasa manis tika bersamaMu

Biar terasa kerdilnya diri didepanMu

Biar terasa takut dengan azabMu

Biar teringin ku gapai syurgaMu

Walaupun ku tahu amat sukar untuk itu

Ya Allah..

Akrabkan aku bersama ‘kain kecik’ itu

Jadikan ia sahabat sejati buatku

Untuk menghabiskan sisa-sisa didunia buatanMu

Jadikan ia cerminan buatku

Agar tidak mudah untuk ku leka dan jauh dr pandanganMu

Engkau yang Maha Agung..

Ku serah padaMu segala-galanya

Segala aturanMu ku redha

Ku pasrah jika diuji tanpa kujangka

ujianMu hadiah buatku

untuk sahabatku (kain kecik)

ku menyayangi mu kerana Tuhanku

tika dirimu bersamaku

ingatkan aku dengan kehebatan Tuhanku

dengan kehebatan Tuhanku jua

diriku dapat bersama mu(kain kecik)

moga hijrah ku bersama mu

tiada undangan fitnah menerpa kita

untuk merosakkan ukhwah ku dengan mu(kain kecik)

insyaAllah sahabatku(kain kecik)

ku cuba istiqamah bersamamu

sayang dan cintakan mu kerana Allah

terima kasih Ya Rabbul Jalil...(.^^,)

0 comments:

Post a Comment