RSS Feed

~haruman kasturi~

Posted by ismi_arikays

Ya Allah, Kau maha segalanya
jika hambaMu itu hadiah dariMu
ku berlapang dada
jika dia terbaik untukku
jauhkan diriku dan dirinya
dinodai kemaksiatan
dicabuli penzinaan
jadikan kasih sayang itu hanya keranaMu
jika dia teman hidupku kelak
limpahkan kecintaanku padaMu
lapangkan hatiku dengan anugerahMu
suburkan cintaku dan cintanya untukMu
Ya Rabbi...
inikah haruman kasturiMu..
yang mengharumkan setiap qalbuku
Kau pemilik cinta sejati
meniti waktu haruman itu
mengamit haruman buat kehidupanku..

~LUMRAH REMAJA~

Posted by ismi_arikays

duhai remaja..
dan diri ini juga remaja
merasa dunia remaja untuk hiburan semata
hinggakan tiada batas dijaga
sayang seribu kali sayang
gunakan masa remaja pada lorong yang suram
suram dengan sifat kemuliaan
suram dengan amar makruf nahi munkar
lebih kelam lagi bila perintah Tuhan ditinggalkan
dunia remaja bukan untuk bersuka ria
bersuka ria kepada kemaksiatan
bersuka ria kepada penzinaan
tetapi tika remaja inilah
digunakan untuk beramal padaNya
agar tidak leka ke arus durjana
ayuh remaja..
tinggalkan kemaksiatan yang seronok itu
seronoknya hanya seketika
malah kesengsaraan akan tiba disana
ayuh kita beramal keranaNya
kerana kelak kan kembali padaNya jua
25/8/2010
8:59 PM

~sayuan insafi~

Posted by ismi_arikays

sayu mengundang rasa
terkenangkan diri yang selalu alpa
masa berlalu meningkatkan usia
diri digoda perkakas dunia
bila diduga baru terasa
ajal dan maut tak tunggu kita
amal ibadah yang tak seberapa
tatkala ujian ditimpa
barulah ingat Yang Maha Esa
terpampang dosa yang kesekian lama

jadikan sempadan perbaiki amalan
lunturkan kejahilan pada diri
insafi diri ingat Ilahi
hanya padaNya kita kembali
perbanyakkan kebaikan tak perlu rasa rugi
saham akhirat menguntungkan diri
usah gentar hadapi duniawi
hanyalah persinggahan ke alam abadi

ayuh teman, rakan dan taulan..
kemaksiatan kita robekkan
bisikan syaitan kita tulikan
terpampang aurat kita selindungkan
teguran zina usah dihiraukan
inilah manisan iman
lantaran dikasihi Tuhan..

~ini untuk ku~

Posted by ismi_arikays

Ini untuk ku
sudah ditakdir untuk ku
tak perlu dirungutkan dulu
selayaknya ku syukuri
berusaha untuk teguhkan diri
moga tak goyah diributi taufan nafsu
nafsu nafsi sedap sesaat cuma
tak kekal kesedapannya
malah bahana singgah tak kira masa

wahai diri ini
bangunlah
bangkitlah
ayuh!!
wujudkan keyakinanmu
wujudkan semangatmu
wujudkan kerajinanmu
wujudkan usahamu
inilah masanya
lupakan kisah lalu
kuburkan ia
jadikan pengajaran buatmu
ikhtibar itu kunci buatmu

wahai diri yang ku cintai
usah gusar dan gelisah
kecewa pun jangan
DIA senantiasa ada disisimu
laa tahzan
laa takhaf
DIA Maha segala-galanya
mengadulah padaNya,
Dia akn mendengar
merintihlah padaNya,
DIA lah jua tempatmu mengadu

~sepetang bersama hati~

Posted by ismi_arikays

bicara hati sering didengari,,
ku tak mampu untuk berbicara,,
cukup saja menadah perasaan tanpa tindakan,,
hati meraung..merintih,,
balasku cuma sepatah,,
SABAR,,
esakan hati mula mereda,,
ku pemerkan sengehan tanpa bergula,,

~detik-detik terukir~

Posted by ismi_arikays

detik demi detik berlalu
kenangan demi kenangan terukir
pahit maupun manis ku kaut semuanya
mengajar ku erti kehidupan sebenar
ya, inilah kenyataan hidup
bergurukan ujian dan dugaan
sebagai teladan hidup
mengajar ku untuk melangkah ke hadapan
ragam dugaan bermacam dikala usiaku remaja
remajalah yang mematangkan ku
untuk terus mengorak langkah-langkah padu
bertunjangkan kalimah Allah S.W.T
bertemankan kalamullah
disemai dengan sunnatullah
mainan kehidupan tak pernah habis
selagi nyawa dikandung badan
selagi itu dugaan dikandung hidup
lahirnya dugaan tanda kasih sayang Allah
ya, itu tandanya Allah sayangkan hambaNya..

~tembakan kata menempusi hati~

Posted by ismi_arikays Labels:

sabarkah aku??
bersabar,,,
penyabar ke??
bawa bersabar,,,
aduhh,,,kecik hati,,,
ye,,terasa hati,,,
hati terguris,,
beradoiii,,sakit dek sentuhan kata,,
lahir dari lidah yg berbisa,,
sensitifkah aku??
ye,,amat sensitif,,mudah terasa,,
terasa bila semburan kata tanpa dijaga,,
menusuk sampai ke hati,,
bisanya kata2 tanpa ditapis,,
sabar,,SABAR,,sabar,,
itu sahaja kemampuan diri,,
hanya satu pengubat hati,,
ingat Ilahi,,
tenanglah HATI,,

,,~bebelan hati~,,

Posted by ismi_arikays Labels:

Assalamu'alaikum wbt
..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

~sekadar bebelan hati~

dimalam yg dingin,,ku terjaga dr ketiduran,,kedinginan mlm ku nikmati,,diriku bersendirian,,fikiran melayang-layang memikirkan hari2 yg dilalui,,diredah tanpa disedari semua itu nikmat,,bkn semua org dpt merasainya,,walaupun ada ketika bibir berkumat kamit merungut dek tiada kekuatan diri,,bila direnung-renungkan kembali,,ada baiknya walaupun pahitnya tiada siapa yg tahu,,kekuatan tetap kugali walaupun xterdaya,,di tikar sejadah ku menyembah memohon kekuatan drp Pemilikku,,hanya DIA yg Esa dapat kurniakan kekuatan itu,,

duhai diriku sayang,,
rasailah nikmat ujian dari Tuhanmu,,
usah mengeluh,,
usah meresah,,
ia sekejap cuma,,
bagi menebus dosa yang lalu,,
adil kan,,
ade ketika kita perlu rase nikmat ujian,,
ujian yg DIA turunkan,,
ada maknanya,,
ada erti yg tersirat,,
cubalah,,
cuba utk rasai nikmat ujian itu,,
muhasabah diri,,
pandulah diri,,
pandu pada jalan yang lurus,,
berhati2 pd persimpangan jalan,,
tersilap jalan sesatlah hati,,hati..pandulah diri dgn berhati-hati,,

,,~bisik hati~,,

Posted by ismi_arikays Labels:

assalamu'alaikum wbt
..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

hambaMU ini hamba yang lemah,,
terkedu bila diuji,,
ku kuatkan semangat tanpa henti,,
ku tahu ku mampu harungi,,
kiriman ujian drMu Ilahi,,
tabahkan hati insafi diri,,
mungkin peringatan buatku barangkali,,
dosa & noda kehidupan ini,,
terleka & alpa dek keseronokan duniawi,,
tersedak bila diri diuji,,
baru fikiran ingat Rabbul Izzati,,
menyembah sejadah mohon diampuni,,
lidah terkelu..sebak menjemput diri,,
fikiran tertumpu hanya pada ya Rabbi,,
tak mampu disekat..air mata mencucuri,,
menghujani pipi,,
membasahi sejadah menyempah Ilahi,,
tanpa diuji mungkin ku lupa diri,,
bangga & angkuh menguasai diri,,

,,seminar tangani stress,,

Posted by ismi_arikays Labels:

assalamu'alaikum wbt,,salam syg n salam rindu buat semua,,=p,,hari ni diriku menbawa diri ke seminar tangani stress,,kasi hilang cket stess yg menyelimuti diri ni,,lemas dan rimas ku dibuatnye,,alhamdulillah, setelah hadiri seminar tu,,dpt jgk ku kaut cket ilmu walaupun xbanyak,,janji kaut jgk,,tak gitu,,??,,kuikuikui,,dapat lak mkn free,,2x lak tu,,lagi la hilang stress,,haha,,ape tak nye,,ilmu dapat,,kenyang pun dpt,,untung wooo,,=p,,berbalik pd tajuk kita hari ni*skema la plak*ahakzz,,bak kata En.Mohd Bakri, kaunselor uitm melaka tadi, stress adalah satu lumrah hidup,,kiranya semua org pernah melalui stress tetapi berlainan situasi dan keadaan,,lau ade yang xpernah stress tu,,ade something wrong la tu,,=p,,ni je kot bebelan dan coretan pd hari ini,,jumpa lagi dilain waktu,,dilain masa,,dilain ketika,,illalliqa',,wsalam wbt.

mulakan langkah..
semaikan niat..
pakukan semangat..=)

,,dimulakan dgn bismillah,,

Posted by ismi_arikays Labels:

..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

jom berkasih kasihan dan bersayang sayangan,,=p,,kasih pada siapa?? sayang untuk siapa?? berkasih dan bersayang lah pada yang Utama, tak lain tak bukan pencipta Yang Maha Esa,,uikk!!!,,mcm ade yang xkena jer,,alamak!!!!,,lupa nk bg salam,,ape daa,,mcm ni la gayanye lau dh excited nak buat blog,,kuikuikui,,sudah dimulakan dgn bismillah,,ku susuri pula dengan assalamu'alaikum wbt,,haaa,,baru lengkap rasenya,,jawab jangan xjawab,,dah bagi salam tu,,=D,,alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dgn limpah kurniaNya,,uikk,,mcm ucapan majlis formal la pulak,,hihi,,dan2 je,,syukur2,,blog ni selamat dilahirkan pd 28 mac 2010,,jam 6.45 pagi,,=),,alamak!!! diriku perlu mengundur diri dulu,,waktu tidak mengizinkan ku untuk bermanja disini,,nk bersiap2 dan bergegas ke seminar tangani strees,,nak make up,,make up lg,,sempat ke ni,,adoiii,,dah2,,ku akhiri dgn alhamdulillah,,=p tutt..tutt..*talian terputus*,,wsalam wbt,,