RSS Feed

~Coretan hati niqobi~

Posted by ismi_arikays


Coretan dari qalbi..

Mulakan coretan dgn lafaz bismillahhirahmanirrahim..

Assalamualaikum..salam kuhulur pada yang sudi membaca..

Assalamualaikum jua kuhulur pada ya qalbi yang tanpa jemu memandu diri ini..

Lafaz syukur pd Illahi kerana telah hadirkan CAHAYA KESYUKURAN buat diri ini..Mungkin kehadiran coretan ini ada perkara yang mahu dikongsikan..Mungkin juga tidak terkesan pada sesiapa yang membaca. Anggapkan coretan ini hanya sisa-sisa luahan dari pencoret..Sebak masih terasa bila terkenangkan peluang penghijrahan yang diberi Illahi..Sungguh..!! sungguh tak disangka..ana mampu..mahu hijrahkan diri..Sukar..?? ye..amat sukar..tapi..DIA ada..sentiasa bersama dan menghilangkan KESUKARAN itu..Tak perlu rasa mustahil..kerana DIA MAHA BERKUASA atas segalanya.. Ana terharu dengan hijrah demi hijrah dalam hidup ana..Ana tahu..ini semua dari kurniaNya…tanpaNya…kekuatan untuk penghijrahan mungkin payah. Ya Allah..tak mampu ku luahkan dengan kata-kata terhadap kesyukuran ini dan kurasa ini hadiah amat bermakna drMu. Bersama niqob..memang satu kesukaran kerana umat Islam sekarang mengganggap niqob begitu asing dengan dunia sekarang..bagi ana yang baru mengenali dan baru bersama niqob ni..mentaliti umat Islam sekarang bukan penghalang untuk ana lebih erat dengan niqob..mungkin nampak sukar..tapi kekuasanNya boleh mengubah dari sukar kepada lebih mudah bukan..ana tidak rasa kesukaran akan timbul bila bersahabat rapat dengan niqob..tidak sesekali menyukarkan ana dalam menjalani kehidupan. Malah ana rasa lebih selesa, terutama bila berada dalam khalayak ramai dengan adanya golongan adam. Walaupun ana baru berjinak-jinak bersama niqob, apa yang dapat ana katakan, ana cukup bahagia dan satu perkataan terbit dibibir ana bilamana niqob menyinggah pada raut wajah ana…iaitu TENANG nye Ya Allah..mata mula berkaca menahan sebak. Mampu tersengih pada sahabat ana yang bersama ana ketika itu. Panjat syukur ana pdNya ketika itu, beri ana peluang, kekuatan, dan semangat yang lahir disamping sahabat-sahabat yang memberi sokongan.Syukran jazilan sahabat. Buat masa ni, ana belum ditanya dengan bermacam soalan kenapa ana berniqob. Tak mustahil pada masa akan datang soalan sebegitu diajukan kepada ana. Ana akan cuba berlapang dada jika ada kritikan dan tohmahan dari orang sekeliling. Ana tahu, untuk bersama secebis kain yang digelar niqob ni tak semudah sangkaan. Ana akan cuba hadapi onak duri yang diberi Illahi untuk melangkah hari-hari yang berbaki di dunia ni. Walaupun duniawi ni hanya menyinggahan, ana cuba jadikan penyinggahan ini terselit penghijrahan demi penghijrahan untuk belajar erti kehidupan sementara dan akan kekal di akhirat sana. Semoga penghijrahan ana dijadikan bekal untuk ana menetap di Negara sana. Pengorbanan ana untuk berniqob hanya lah seumpama secebis kain untuk dijadikan niqob. Amat sedikit bukan, jika dibandingkan dengan perjuangan Nabi Muhammad bersama sahabat-sahabat baginda untuk menyebarkan Islam. Jadi, tidak perlu rasanya untuk ana merungut hanya kerana secebis kain. Ya Rabbi, jadikan secebis kain ini sebagai pemangkin kekuatan dalam diri ana untuk mengatur langkah di dunia pinjamanMu dan akhirnya akan bertemuMu..insyaAllah..amin Ya Rabbal Alamin..(^^,)


Panjat doa kpdMu

Moga kurniakan daku kekuatan yg padu

Mantapkan niat yang Satu

Niat keranaMu

Ya Allah..

Lapangkan dadaku

Peliharaku dari kecelakaanMu

Tenangkan qalbiku

Dengan kehadiran rahmatMu

Peliharaku untuk bersama sahabatku(niqob)

Engkau pelihara jua niqobi-niqobi

Yang memperjuangkan agamaMu

pandanganMu dijadikan sandaran

pandangan insan moga terpaut keinsafan

syukran Ya Rabbul Izzati..T_T

(ismi_arikays)

6 April 2011

10.04 p.m

0 comments:

Post a Comment